tjuk entry nie smacam ja kn..besa la kita sbgai mnusia biasa yg ada ati n prasaan msti pnah ada prasaan marah ka???x kira la kwn o parents o spa2 la kn..
''Marah merupakan tabiat atau sifat semula jadi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
kepada manusia..Biasanya apabila seseorang marah,dia akan bertindak di luar jangkaan.
Perasaan marah boleh mnjadikan jiwa seseorang itu tidak tenteram"
Marah boleh jadi sifat tercela n sifat terpuji..Marah yang terpuji adalah marah apabila agamanya dikeji dan dihina..
Sekiranya kita marah kerana peribadi kita disakiti,maka hendaklah kita tahan kemarahan itu.
Dalam Islam,oranh yang paling gagah perkasa bukanlah orang yang dapat mngalahkan orang lain tetapi sebaliknya adalah orang yang dapat mngawal dirinya ketika marah.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim,daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain,
tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.
Cara merawat marah:
- Segera mengingati Allah
- Berlindung kepada Allah
- Wuduk Penyejuk Kemarahan
- Diam Merawat Kemarahan
- Duduk dan berbaring
Wallahu'alam...
Jgn marah2 ea...snyum sokmo =)
No comments:
Post a Comment